Resepi Stevia

Rendang Ayam
1 ekor ayam, potong 12 dan digoreng
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai
7 helai daun limau purut
1 kg santan
½ cawan cili mesin (dimesin)
2 cm kunyit hidup
1 cawan kerisik kelapa
10 biji bawang putih
6 biji bawang besar
2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh daun Greenvia Stevia
Cara-caranya:

1. Goreng ayam separuh masak.
2. Masukkan santan dalam kuali.
3. Masukkan serai, lengkuas, daun limau purut, cili dan bawang putih beserta bawang merah dan kunyit (yang semuanya telah dimesin terlebih dahulu).
4. Masukkan sekali pes cili.
5. Letakkan 2 sudu teh garam dan 1 1/2 sudu teh daun stevia. Kacau rata.
Apabila pekat, masukkan kerisik kelapa dan
ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuah.
6. Boleh juga dimasak sehingga sedikit kering.

 
Jem Strawberry (Mulberry/BlueBerry, etc)
200 gm fresh strawberry
½ biji perahan lemon
10 ~ 15 sachet Surevia stevia (mengikut kesukaan kemanisan)
30 ml air
 
Cara-caranya:
1. Masukkan strawberry ke dalam periuk bersama 30 ml air.
2. Api hendaklah sentiasa kecil.
3. Masak sehingga buah tersebut hancur dan likat.
4. Masukkkan perahan lemon dan stevia.
3. Biarkan sejuk selama 10 minit dan boleh dipindah ke dalam botol.
 
Jus Lemon SureVia
1 liter air
400 ml perahan lemon segar
3 sachet SureVia Stevia
 
Cara-caranya:

1. Masukkan jus lemon dan SureVia Stevia dalam periuk.
2. Didihkan dengan api sederhana, aduk sesekali selama 8-10 minit.
3. Tuang air dan kacaukan.
4. Masak untuk 5-6 minit lagi atau sampai sirap mendidih lagi.
5. Sesuaikan rasa manis menggunakan SureVia Stevia.
6. Biarkan sirap tadi seketika. Setelah sejuk, pindahkan ke dalam bekas minuman dan tambah kiub ais ketika menghidang.

 
Muat Turun Buku Resepi Stevia di sini.